PAWE adalah singkatan kepada PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS.
Ianya ada lah pusat yang di tubuhkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Fungsi PAWE adalah merancang dan melaksanakan aktiviti warga emas berlandaskan Dasar Warga Emas Negara dan fokusnya kepada 5 dimensi iaitu:
Penuaan Sihat
Penuaan Positif
Penuaan Aktif
Penuaan Produktif
Penuaan Menyokong
Mewujudkan sistem pentadbiran PAWE yang berintegriti, berkualiti dan efisyen serta persekitaran yang kondusif
Mempergiatkan program penuaan sihat menerusi aktiviti penjagaan diri, keceriaan dan kebersihan, terapi dan pemulihan serta program kesihatan
Mempergiatkan program keagamaan, moral dan pembelajaran sepanjang hayat menerusi kerjasama pintar kearah peningkatan ilmu dan penghayatan Islam di kalangan ahli PAWE Putrajaya
Menjalankan aktiviti yang menjana pendapatan dan perkhidmatan sukarelawan melalui penggunaan teknologi maklumat secara optimum
Kami komited untuk meningkatkan kesejahteraan warga emas dengan aktiviti – aktiviti yang merangkumi 5 dimensi kesejahteraan iaitu persekitaran yang kondusif, kesihatan, sosial, ekonomi dan kerohanian.
Menjadikan PAWE Putrajaya sebagai pusat aktiviti komuniti warga emas yang unggul di Malaysia.
PAWE Putrajaya ditubuhkan pada November 2017 dan merupakan PAWE keempat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya selepas PAWE Batu, PAWE Seputih dan PAWE Cheras Baru. PAWE Putrajaya mula beroperasi dengan menumpang di pejabat Pusat Aktiviti Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Presint 9, Putrajaya hingga 1 Ogos 2018 apabila premis PAWE Putrajaya siap diubah suai.
Pada 1 Ogos 2018, PAWE Putrajaya mula beroperasi di R28, Blok B, Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya. Ianya merupakan sebuah premis berkeluasan 446.92 kaki persegi.
Pada 11 Februari 2019, PAWE Putrajaya telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai sebuah pertubuhan dengan nama PERTUBUHAN WARGA SEJAHTERA DI USIA EMAS PUTRAJAYA (PAWE Putrajaya). Seterusnya pada 14 Februari 2019 premis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr Shahruddin bin Md Salleh, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.
Pada 16 Disember 2022, PAWE Putrajaya telah berpindah ke premis baru di Lot Retail R2, Bangunan Annexe, Kompleks Chancery Place, Presint Diplomatik, Presint 15, 62050 PUTRAJAYA
2021 - 2025
PPM-032-16-11022019
Melihat senarai nama ahli-ahli PAWE Putrajaya
Melihat aktiviti-aktiviti terkini PAWE Putrajaya